Jul 25, 2014

Produk Babi

Info untuk saudara-saudara muslimku..
Mungkin ramai  daripada Umat Islam tidak tahu bahawa label label yang bertulis

"This product contain substance from Porcine."
Sebenarnya bermaksud,
"Produk ini mengandungi bahan daripada Babi."
Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah
"The source of  this gelatin capsule is Porcine"
yang bermaksud,
"Kapsul gelatin  ini diperbuat daripada Babi."

Berikut antara lain istilah Sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi bahan-bahan dari Babi :

  1. Pork        :  Istilah yang digunakan untuk daging Babi di dalam masakan.
  2. Swine      :  Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis Babi.
  3. Hog        :  Istilah untuk Babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
  4. Boar        :  Babi hutan/liar.
  5. Lard         :  Lemak Babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
  6. Bacon      :  Daging haiwan yang disalai, termasuk Babi.
  7. Ham        :  Daging pada bahagian peha Babi.
  8. Sow         :  Istilah untuk Babi betina dewasa.  (Jarang2 digunakan).
  9. Sow Milk :  Susu Babi.
  10. Pig           :  Istilah umum untuk seekor Babi atau sebenarnya bermaksud Babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
  11. Porcine    :  Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada Babi.
Porcine sering digunakan di dalam bidang perobatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada Babi.

Silahkan sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati.
Semoga Allah SWT akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah SWT memelihara kita di Dunia dan di Akhirat..
Amin..




shared at WhatsApp family ODOJ1550
re-shared at lovelyboutcrazy.blogspot.com by Vee

No comments:

Post a Comment